Monday, July 27, 2009

Sasaran enam teras NKRA

  1. Mengurangkan jenayah jalanan sebanyak 20 peratus pada akhir 2010.
  2. Semua perolehan kerajaan menggunakan tender terbuka atau tender terhad bagi memerangi rasuah.
  3. Pendidikan prasekolah dijadikan sebahagian sistem pendidikan kebangsaan dalam aliran perdana bagi memperluas akses pendidikan berkualiti.
  4. Membanteras kemiskinan tegar menjelang 31 Disember 2010.
  5. Peruntukan RM10.9 bilion bagi membina jalan, bekalan air dan elektrik, selain baik pulih 50,000 rumah menjelang 2012.
  6. Menetapkan 25 peratus penduduk Lembah Klang menggunakan pengangkutan awam pada akhir 2012.

Tuesday, July 14, 2009

PPSMI

Keputusan telahpun dibuat. Kerajaan mengambil langkah rasional memberi tempoh percubaan dan pemantauan keberkesanan PPSMI sehingga Tahun 2012.

Walaupun keputusan ini melegakan banyak pihak, kita seharusnya memberi perhatian dengan mengambil kira pandangan daripada pengamalnya.

Adalah menjadi usaha yang sia-sia jika kita berjaya menegakkan sesuatu dasar yang memberi kesan yang menguntungkan pihak yang berkepentungan sahaja akibat pemansuhannya.

Namun, saya percaya kerajaan telah mengkaji, meneliti dan mengenalpasti langkah yang terbaik dalam mengatasi persoalan ini.

Perjuangan untuk memertabatkan kebangsaan ini tidak hanya diletakkan kepada pemansuhan PPSMI ini. Jika diteliti, usaha berterusan hendaklah dibuat dengan berpaksikan amalan dan budaya masyarakat Melayu pada hari ini.





Wednesday, April 15, 2009

Dasar Ekonomi Baru


Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu formula yang diperkenalkan pada tahun 1970 bagi memulihkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum dan wilayah.

Ianya bermatlamat untuk mewujudkan perpaduan rakyat atau perpaduan negara. Ianya disusun dan dilaksanakan menerusi serampang dua mata bagi mengurangkan dan membasmi kemiskinan melalui pendekatan peningkatan pendapatan dengan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tanpa mengira kaum.

Selain itu, dasar ini juga dapat mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi dengan menyusun semula masyarakat di negara ini bersandarkan polisi yang dilaksanakan.

Persoalannya, kenapakah dasar yang telah banyak mengubah serta meningkatkan sosioekonomi rakyat dipertikaikan dan kononnya berbaur perkauman ini cuba untuk dihapuskan.

Sebagai rakyat Malaysia secara amnya, kita patut bersyukur mempunyai dasar dan polisi kerajaan yang rata-rata mementingkan kebajikan rakyat tanpa mengira kaum, bangsa serta agama.

Janganlah kita menjadi manusia yang tidak tahu bersyukur serta tidak menghargai apa yang yang telah dikecapi sejak merdeka.

tiMe manaGement

Just like money, talent and friends in high places, time is resource we can use to meet our objectives. We can earn more money, learn new skills, make new friends but we cannot create time.

If we lack the time to get something done today, we can always try again tomorrow. Don't let these results be the results. The more we want to do, the better we have to be squeezing every last bit of usefulness out of every last minute at our disposal.

Monday, March 9, 2009

Intipati titah Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah


  • orang Melayu yang terus mempersoalkan kedudukan raja-raja dan bangsanya sendiri sebagai BIADAP.
  • Golongan ini juga disifatkan baginda sebagai tidak berbudi bahasa dan tidak ada perasaan malu kerana mempertikaikan perkara berkaitan kedudukan raja-raja dan hak orang Melayu secara terbuka.
  • Kemajuan dan pembangunan yang dicapai boleh hancur jika orang Melayu terus bercakaran, disebabkan terlalu ghairah merebut kuasa.
  • Tidak ada gunanya bangsa Melayu kekal di dunia tetapi tidak bertamadun, tidak dihormati dan boleh dipermainkan serta diperalatkan.
  • Orang Melayu perlu bersatu apabila timbul isu-isu yang melibatkan kepentingan mereka dan Islam.

Wednesday, March 4, 2009

Batang Ai -

Tanggal 7 April 2009 merupakan tarikh keramat yang menyaksikan ujian pertama bagi Kerajaan BN di Negeri Sarawak. Adakah citarasa rakyat juga berubah seperti yang berlaku di semenanjung, atau mungkinkah semangat perpaduan masih tebal di kalangan mereka dengan mengekalkan wakil rakyat kerajaan untuk memperjuangkan serta membela nasib mereka.

Walau apapun warna atau corak pilihan mereka, apa yang penting adalah keharmonian, perpaduan, serta keamanan sentiasa dijaga untuk mengekalkan kesejahteraaan negara.

Ingat, perpaduan adalah teras kemakmuran...

Friday, February 13, 2009

HidUp

Kita semua tidak dapat melarikan diri daripada kisah silam yang telah ditempuh samada baik mahupun kisah buruk yang tidak dapat dilupakan. Ianya adalah lumrah hidup kita sebagai manusia. Namun, apakah pendekatan yang boleh diambil untuk mengatasi kerisauan terhadap persoalan ini.

Kita seharusnya melihat kelebihan yang ada pada diri untuk mengatasi segala kelemahan yang ada. Kekuatan pada diri dimanfaatkan sebaik mungkin dan dijadikan sebagai perisai kepada cabaran yang mungkin wujud.

Kegagalan dalam diri kita adalah disebabkan diri kita sendiri yang menghalang kepada kejayaan yang sememangnya boleh dicapai jika kita percaya dan sentiasa berusaha ke arah tersebut.

Perbezaan antara orang berjaya dengan mereka yang gagal dalam hidup hanyalah senipis kulit bawang iaitu kesungguhan berusaha tanpa putus asa. Jika kita berilmu sekalipun jika tidak tahu dimanfaatkan, ianya hanyalah sia-sia.

Usaha yang berterusan tanpa putus asa mampu melahirkan manusia yang berilmu. Lumrahnya, manusia yang rajin berusaha bijak dan tahu memanfaatkan ilmu untuk kejayaan hidup.