Wednesday, April 15, 2009

Dasar Ekonomi Baru


Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu formula yang diperkenalkan pada tahun 1970 bagi memulihkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum dan wilayah.

Ianya bermatlamat untuk mewujudkan perpaduan rakyat atau perpaduan negara. Ianya disusun dan dilaksanakan menerusi serampang dua mata bagi mengurangkan dan membasmi kemiskinan melalui pendekatan peningkatan pendapatan dengan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tanpa mengira kaum.

Selain itu, dasar ini juga dapat mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi dengan menyusun semula masyarakat di negara ini bersandarkan polisi yang dilaksanakan.

Persoalannya, kenapakah dasar yang telah banyak mengubah serta meningkatkan sosioekonomi rakyat dipertikaikan dan kononnya berbaur perkauman ini cuba untuk dihapuskan.

Sebagai rakyat Malaysia secara amnya, kita patut bersyukur mempunyai dasar dan polisi kerajaan yang rata-rata mementingkan kebajikan rakyat tanpa mengira kaum, bangsa serta agama.

Janganlah kita menjadi manusia yang tidak tahu bersyukur serta tidak menghargai apa yang yang telah dikecapi sejak merdeka.

No comments:

Post a Comment