Friday, February 13, 2009

HidUp

Kita semua tidak dapat melarikan diri daripada kisah silam yang telah ditempuh samada baik mahupun kisah buruk yang tidak dapat dilupakan. Ianya adalah lumrah hidup kita sebagai manusia. Namun, apakah pendekatan yang boleh diambil untuk mengatasi kerisauan terhadap persoalan ini.

Kita seharusnya melihat kelebihan yang ada pada diri untuk mengatasi segala kelemahan yang ada. Kekuatan pada diri dimanfaatkan sebaik mungkin dan dijadikan sebagai perisai kepada cabaran yang mungkin wujud.

Kegagalan dalam diri kita adalah disebabkan diri kita sendiri yang menghalang kepada kejayaan yang sememangnya boleh dicapai jika kita percaya dan sentiasa berusaha ke arah tersebut.

Perbezaan antara orang berjaya dengan mereka yang gagal dalam hidup hanyalah senipis kulit bawang iaitu kesungguhan berusaha tanpa putus asa. Jika kita berilmu sekalipun jika tidak tahu dimanfaatkan, ianya hanyalah sia-sia.

Usaha yang berterusan tanpa putus asa mampu melahirkan manusia yang berilmu. Lumrahnya, manusia yang rajin berusaha bijak dan tahu memanfaatkan ilmu untuk kejayaan hidup.

1 comment:

  1. Janganlah bersedih, jadilah wanita yang paling bahagia. Selagi adanya hari esok selagi itulah datangnya cabaran untuk mematangkan fikiran lalu hadirlah harapan untuk semangatmu hari mendatang.

    Meminjam asas falsafah kehidupan bangsa Melayu
    “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.”

    “Bergembiralah dan berbahagialah !”

    ReplyDelete